Maklumat Diri

NAMA : LALITHA DEVI BALAKRISHNAN

MATRIK NO. : D20102042252

SUBJEK : KRT 3013 (TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH)

TOPIK : KEMAHIRAN HIDUP (TANAMAN HIASAN)

: TAHUN 4

PENSYARAH : DR. AHMAD ZAMZURI MOHAMAD ALI

Penyemaian


Pemilihan Biji Benih

                Kebanyakan pokok bunga semusim dibiakkan melalui biji benih. Oleh itu, pemilihan biji benih yang baik penting untuk membiakkannya. Benih yang baik ialah benih yang cukup matang, bernas (berisi), normal bentuknya dan tiada tanda serangan penyakit. Berikut adalah contoh biji benih pokok bunga semusim:-

Biji benih keembong

Biji benih marigold

Biji benih bunga matahari
 
Biji benih balung ayam

Medium Semaian

                “Medium” ialah bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih. Ia juga dikenali sebagai “Medium Semaian”. Medium semaian ialah campuran tanah yang digunakan untuk menyemai biji benih. Salah satu cara menyediakan medium semaian ialah campuran 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organic dan 1 bahagian pasir sungai. Nisbah campuran ini telah diperkenalkan oleh John Innes. Nisbah campuran medium semaian mestilah betul supaya biji benih dapat tumbuh dengan baik.

Langkah-langkah menyediakan medium semaian.


Langkah 1:
                Sediakan alatan tangan dan bahan untuk membuat campuran medium semaian.


Langkah 2:
                Tapis bahan untuk mengasingkan batu dan ketulan tanah.


Langkah 3:
                Gunakan baldi kecil untuk menyukat bahan mengikut nisbah, 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian bahan organic dan 1 bahagian pasir sungai.


Langkah 4:
                Campur dan gaul bahan tersebut semula.


Langkah 5:
                Masukkan medium ke dalam bekas semaian dan ratakannya.