Maklumat Diri

NAMA : LALITHA DEVI BALAKRISHNAN

MATRIK NO. : D20102042252

SUBJEK : KRT 3013 (TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH)

TOPIK : KEMAHIRAN HIDUP (TANAMAN HIASAN)

: TAHUN 4

PENSYARAH : DR. AHMAD ZAMZURI MOHAMAD ALI

Pengenalan

Tanaman hiasan adalah tanaman yang digunakan sebagai dekorasi ruangan dalam ataupun luar bangunan. Tanaman hiasan terdiri daripada berbagai jenis, bermula dari tanaman berbunga sampai tanaman yang berbentuk unik. Tanaman ini mempunyai berbagai rupa bentuk serta corak dan ianya memiliki daya tarik tersendiri untuk dimiliki.

Jenis-jenis tanaman hiasan
Terdapat beberapa kumpulan tanaman hiasan yang boleh dinyatakan disini. Antaranya:-


1.       Pokok Renek
-          Pokok Bunga raya
-          Pokok Bunga Kertas
-          Pokok Siantan


2.       Pokok Bunga Semusim
-          Pokok Bunga Balung Ayam
-          Pokok Bunga Keembong
-          Pokok Bunga Matahari


3.       Pokok Memanjat atau Menjalar
-          Pokok Hemigrapis
-          Pokok Bunga Kembang Pagi
-          Pokok Bunga Ros Jepun


4.       Pokok Palma
-          Pokok Pinang Raja
-          Pokok Kelapa Gading
-          Pokok Pinang Manila


5.       Pokok Naungan
-          Pokok Tembusu
-          Pokok Beringin
-          Pokok Angsana


6.       Penutup Bumi
-          Rumput
-          Arachis spp.

Pokok Bunga Semusim
                
Pokok bunga semusim mempunya tempoh hayat beberapa bulan sahaja. Pokok bunga semusim mudah ditanam dan dibiakkan melalui biji benih. Pokok bunga semusim banyak ditanamdi negeri beriklim sederhana dan semakin popular di Malaysia. Berikut adalah contoh pokok-pokok bunga semusim:-

Zinnia (Zinnia spp.)

 Bunga Balung Ayam (Celosia spp.)

Bunga Butang (Gomphrena spp.)

Bunga Keembong (Impatiens spp.)

Kekwa (Chrysanthemum morifoliun spp.)

  Bunga Matahari (Helianthus spp.)